Monday, July 21, 2008
Refleksi Minggu ke 3
21 Julai 2008 ( ISNIN )
Mengajar........
Saya telah berada di sekolah pada pukul 7.06 minit pagi. Perhimpunan Mingguan telah dimulakan tepat pada pukul 7.20 minit. Guru bertugas Pn. Rosliza menekankan tentang protokol yang perlu diikuti oleh pelajar semasa perhimpunan. Kelas dimulakan seperti biasa pada pukul 8.50 pagi ( Science 3 Berlian ). Murid -murid bersoal-jawab tentang topik yang lepas. Setelah itu murid-murid membuat latihan sebagai ulangkaji.
Selepas itu, saya telah membuat persediaan untuk kursus dalaman. Oleh kerana fizikal tak berapa mengizinkan saya meneruskan tugasan saya, saya berehat seketika sehingga balik.
22 Julai 2008 ( Selasa )
Mengajar........
Saya sampai di sekolah pada pukul 7.05 pagi dan menghadiri perhimpunan pagi. Membuat persediaan untuk kursus dalaman. Kursus dalaman ini akan diadakan dalam tiga sesi. Hari ini adalah sesi pertama kursus dalaman. Kelas dimulakan tepat pada pukul 12.10 di Makmal Komputer. Murid-murid didedahkan dengan CD perisisan - (KPM) dan diminta meneliti langkah-langkah ujikaji yang akan dimulakan selepas itu. Selepas itu murid -murid dalam kumpulan telah menyediakan alatan dan memulakan eksperimen. Pemerhatian akan dibuat selama 3 hari.
Pada pukul 1.30 t/hari Kursus Dalaman telah dimulakan oleh Pn. Suguna.Semua guru melibatkan diri secara aktif.
23 Julai 2008 ( Rabu )
Mengajar........
Saya sampai di sekolah pada pukul 7.10 pagi dan menghadiri perhimpunan pagi. Membuat persediaan memasuki kelas. Memasuki kelas pada pukul 10.10 di Makmal Komputer. Murid-murid didedahkan dengan persembahan ppt tentang Soil. Murid -murid menjawab soalan kuiz dan Latihan Sumatif. Penulisan refleksi harian.
24 Julai 2008 ( Khamis )
Mengajar........
Saya sampai di sekolah pada pukul 7.05 pagi dan menghadiri perhimpunan pagi. Membuat persediaan memasuki kelas. Memasuki kelas 4 Intan pada pukul 11.10. Mengajar tajuk membandingkan lokasi tempat tinggal murid. Murid-murid mengalami kesukaran dalam mencari alamat tempat tinggal ( kelas lemah ). Pelajaran ini akan dilanjutkan pada minggu hadapan. Penulisan refleksi harian. Bermulanya kursus dalaman pada pukul 1.40 t/hari.
25 Julai 2008 ( Jumaat )
Penyediaan untuk Senamrobik
Saya sampai di sekolah pada pukul 7.10 pagi . Tiada perhimpunan kerana hari hujan. Mencari bahan dalam Internet. Membuat persediaan untuk program senamrobik iaitu membungkus hadiah. Pada pukul 10.50 telah masuki kelas ganti. Penulisan refleksi harian.
26 Julai 2008 ( Sabtu )
Senamrobik.....................
Saya sampai di sekolah pada pukul 7.10 pagi dan menghadiri perhimpunan harian. Taklimat mengenai senamrobik beramai-ramai. Senamrobik dimulakan pada pukul 8.00 pg dan dikendalikan oleh Pn. Yusliza - guru praktikal KPLI dari Batu Pahat. Pada pukul 9.00pagi murid-murid tahap satu memasuki kelas. P & P dijalankan seperti biasa. Murid-murid tahun 3 Berlian menulis catatan dan rumusan melalui pemerhatian yang dibuat pada tiga hari lepas. Guru merumuskan topik 'Soil'. Kelas ganti pada 11.10 di tahun 1 Intan ( BM ). Penulisan refleksi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Amboi Mary, rajinnya... Kul 7.00 dah sampai sekolah erk. Bagus2.. Inilah cikgu yang Datuk Hisham dok cari selama ni, kih.. kih... Selamat meneruskan praktikum.
WELCOME TO MY BLOG..... SMLIE ALWAYS
tajuk macam salah eja je....
macam mana dengan projek khas...
Post a Comment