Thursday, July 10, 2008

PRAKTIKUM - SK(P) BANDAR TANGKAK


07 JULAI 2008 ( ISNIN )

Melapor Diri di SK (P) Bandar Tangkak

Sampai di sekolah pada 7.15 pagi.Menghadiri perhimpunan pagi dan pengenalan diri oleh Guru Besar. Berjumpa dengan Guru Besar dan menjelaskan tujuan praktikum. Melawat Makmal Komputer dan mendapat maklumat daripada juruteknik mengenai keadaan komputer dan penggunaan makmal komputer untuk P&P. Terdapat 12 buah komputer di makmal .Kemudian saya dan rakan saya melawat Bilik Akses yang mempunyai 12 buah komputer yang berfungsi dengan talian Internet.
Selepas itu, kami berjumpa dengan penyelaras ICT- Pn. Rosliza untuk mendapatkan maklumat lanjutan tentang makmal komputer. Kemudian kami berjumpa dengan GPK 1 Pn. Hamidah untuk mendapatkan maklumat sekolah. Kebetulan pada hari itu, Mesyuarat Kurikulum telah diadakan pada pukul 2.30 petang hingga 6.00 petang. Kami begitu letih pada hari pertama .... kerana terpaksa balik lewat ke rumah.


Seronoknya........


08 JULAI 2008 ( SELASA )

Mendapat Jadual Waktu Kelas

Sampai di sekolah pada pukul 7.05 pagi. Menghadiri perhimpunan pagi. Berjumpa dengan GPK 1 Pn. Hamidah untuk mendapatkan Jadual Waktu pengajaran tahun 3 Berlian dan 4 Intan.
Saya dapat Jadual Waktu Science untuk tahun 3 Berlian dan Kajian Tempatan untuk tahun 4 Intan. Selepas itu, saya berjumpa dengan guru matapelajaran Science iaitu En. Sahril dan guru matapelajaran Kajian Tempatan iaitu En. Mohammad Noor untuk mendapatkan Sukatan dan Huraian Suakatan serta Rancangan Tahunan. Setelah mendapat bahan-bahan itu, saya ke Bilik SPBT untuk mendapatkan buku teks dan buku panduan.
Setelah bersedia dengan bahan -bahan pelajaran, saya telah membuat perancangan untuk 6 minggu. Selepas itu saya ke Makmal Komputer untuk membuat pinjaman CD perisian Science dan Kajian Tempatan .
Pada pukul 12.10 t/hari saya pergi ke kelas 3 Berlian untuk sesi pengenalan dengan murid-murid. Murid -muird kelas 3 Berlian berkenalan dengan saya. Saya bertanya soalan kepada murid untuk mengetahui pengetahuan sedia ada murid dan mula mengajar. Saya menyambung pelajaran yang diajar oleh En.Sahril.



09 JULAI 2008 ( RABU )

CUTI HARI HOL SULTAN JOHOR



10 JULAI 2008 ( KHAMIS )

Pengalaman Mengajar di tahun 4 Intan

Saya telah sampai ke sekolah pada pukul 7.10 minit. Menghadiri perhimpunan pagi pada 7.15 pagi.
Saya mencari bahan untuk pengajaran menggunakan Internet. Pada pukul 11.10 saya telah masuk kelas 4 Intan untuk mengajar subjek Kajian Tempatan. Sesi berkenalan dengan murid telah dijalankan. Setelah tamat sesi pengenalan, saya bersoal-jawab dengan murid untuk mengetahui pengetahun mereka dalam topik tersebut.
Selepas itu, saya mula mengajar topik Mengenali tempat tinggal kita.



11 JULAI 2008 ( JUMAAT )

Penyediaan kertas kerja dan bahan untuk Kursus Dalaman bagi Guru.

Saya telah sampai ke sekolah pada pukul 7.10 minit. Menghadiri perhimpunan BAQ pagi pada 7.15 pagi.
Hari ini saya tidak ada kelas. Saya telah menyediakan kertas kerja untuk mengadakan kursus dalaman kepada guru-guru. Selepas itu saya telah mendapatkan kebenaran daripada guru besar untuk melaksanakan kursus pada tarikh yang ditetapkan. Saya telah menyediakan Jadual Perlaksanaan kursus.
Pada pukul 9.30 saya ke kelas 3 Intan untuk relief. Saya telah mengadakan Kuiz Science kepada mereka.
Murid -murid mengambil bahagian secara aktif.
Selepas itu, saya telah melayari Internet untuk mencari bahan pengajaran bagi subjek Science dan Kajian Tempatan.


No comments: