Tuesday, July 29, 2008

Refleksi Minggu ke 4


28 Julai 2008 ( Isnin )

Mengawas ujian...........

Sampai di sekolah pada pukul 7.05 pagi. Perhimpunan mingguan dimulakan pada pukul 7.20 pagi.
Minggu ini adalah minggu Ujian Pengesahan Prestasi Murid ke 3. Ujian dimulakan pada pukul 8.10 pagi. Semua guru masuk kelas mengikut jadual waktu biasa.


29 Julai 2008 ( Selasa )

Mengawas ujian ............

Sampai di sekolah pada pukul 7.05 pagi. Perhimpunan mingguan dimulakan pada pukul 7.20 pagi. Hari ini adalah hari kedua Ujian Pengesahan Prestasi Murid ke 3. Ujian dimulakan pada pukul 8.00pagi. Semua guru masuk kelas mengikut jadual waktu biasa. Saya telah masuk ke kelas 3 Berlian untuk subjek Bahasa Arab pada pukul 12.10.



30 Julai 2008 ( Rabu )

Mengawas ujian ............

Sampai di sekolah pada pukul 7.05 pagi. Menghadiri perhimpunan pagi. Hari ini , hari ketiga Ujian Pengesahan Prestasi Murid ke 3. Ujian dimulakan pada pukul 8.10 pagi. Semua guru masuk kelas mengikut jadual waktu biasa. Saya telah masuk ke kelas 3 Berlian untuk subjek Science dan Bahasa Inggeris. Selepas itu saya ditugaskan masuk ke kelas ganti di tahun 2 Berlian. Memberi latihan membina ayat dalam Bahasa Inggeris. Berseronok dengan murid tahap satu................






Monday, July 21, 2008

Refleksi Minggu ke 3


21 Julai 2008 ( ISNIN )

Mengajar........

Saya telah berada di sekolah pada pukul 7.06 minit pagi. Perhimpunan Mingguan telah dimulakan tepat pada pukul 7.20 minit. Guru bertugas Pn. Rosliza menekankan tentang protokol yang perlu diikuti oleh pelajar semasa perhimpunan. Kelas dimulakan seperti biasa pada pukul 8.50 pagi ( Science 3 Berlian ). Murid -murid bersoal-jawab tentang topik yang lepas. Setelah itu murid-murid membuat latihan sebagai ulangkaji.
Selepas itu, saya telah membuat persediaan untuk kursus dalaman. Oleh kerana fizikal tak berapa mengizinkan saya meneruskan tugasan saya, saya berehat seketika sehingga balik.


22 Julai 2008 ( Selasa )

Mengajar........

Saya sampai di sekolah pada pukul 7.05 pagi dan menghadiri perhimpunan pagi. Membuat persediaan untuk kursus dalaman. Kursus dalaman ini akan diadakan dalam tiga sesi. Hari ini adalah sesi pertama kursus dalaman. Kelas dimulakan tepat pada pukul 12.10 di Makmal Komputer. Murid-murid didedahkan dengan CD perisisan - (KPM) dan diminta meneliti langkah-langkah ujikaji yang akan dimulakan selepas itu. Selepas itu murid -murid dalam kumpulan telah menyediakan alatan dan memulakan eksperimen. Pemerhatian akan dibuat selama 3 hari.
Pada pukul 1.30 t/hari Kursus Dalaman telah dimulakan oleh Pn. Suguna.Semua guru melibatkan diri secara aktif.



23 Julai 2008 ( Rabu )

Mengajar........

Saya sampai di sekolah pada pukul 7.10 pagi dan menghadiri perhimpunan pagi. Membuat persediaan memasuki kelas. Memasuki kelas pada pukul 10.10 di Makmal Komputer. Murid-murid didedahkan dengan persembahan ppt tentang Soil. Murid -murid menjawab soalan kuiz dan Latihan Sumatif. Penulisan refleksi harian.



24 Julai 2008 ( Khamis )

Mengajar........

Saya sampai di sekolah pada pukul 7.05 pagi dan menghadiri perhimpunan pagi. Membuat persediaan memasuki kelas. Memasuki kelas 4 Intan pada pukul 11.10. Mengajar tajuk membandingkan lokasi tempat tinggal murid. Murid-murid mengalami kesukaran dalam mencari alamat tempat tinggal ( kelas lemah ). Pelajaran ini akan dilanjutkan pada minggu hadapan. Penulisan refleksi harian. Bermulanya kursus dalaman pada pukul 1.40 t/hari.




25 Julai 2008 ( Jumaat )

Penyediaan untuk Senamrobik

Saya sampai di sekolah pada pukul 7.10 pagi . Tiada perhimpunan kerana hari hujan. Mencari bahan dalam Internet. Membuat persediaan untuk program senamrobik iaitu membungkus hadiah. Pada pukul 10.50 telah masuki kelas ganti. Penulisan refleksi harian.



26 Julai 2008 ( Sabtu )

Senamrobik.....................

Saya sampai di sekolah pada pukul 7.10 pagi dan menghadiri perhimpunan harian. Taklimat mengenai senamrobik beramai-ramai. Senamrobik dimulakan pada pukul 8.00 pg dan dikendalikan oleh Pn. Yusliza - guru praktikal KPLI dari Batu Pahat. Pada pukul 9.00pagi murid-murid tahap satu memasuki kelas. P & P dijalankan seperti biasa. Murid-murid tahun 3 Berlian menulis catatan dan rumusan melalui pemerhatian yang dibuat pada tiga hari lepas. Guru merumuskan topik 'Soil'. Kelas ganti pada 11.10 di tahun 1 Intan ( BM ). Penulisan refleksi.




Tuesday, July 15, 2008

Refleksi Minggu ke 2


14 Julai 2008
( ISNIN )

Pengalaman Mengajar


Saya telah ke sekolah seperti biasa pada pukul 7.05 minit. Setibanya di perkarangan sekolah didapati murid -murid berkumpul di dataran untuk Perhimpunan pagi. Perhimpunan dimulakan tepat pukul 7.20 pagi. Guru bertugas menekankan tentang disiplin murid. Satu Motivasi Kecemerlangan UPSR telah diadakn di sekolah untuk murid-murid cemerlang di Daerah Tangkak. Tepat pada pukul 8.50 pagi saya telah memasuki kelas 3 Berlian untuk mengajar subjek Science. Murid-murid telah bersedia untuk pelajaran hari itu. Saya mulakan pelajaran. Didapati ada murid yang lemah dalam pelajaran pada hari itu. Murid membuat latihan. Makmal tidak dapat digunakan kerana digunakan oleh pihak sekolah untuk tujuan Program Motivasi. Selepas rehat saya telah membuat persediaan untuk hari berikutnya. Selepas itu saya dan rakan saya telah menyediakan nota ringkas untuk Kursus Dalaman bagi guru-guru.




15 Julai 2008 ( SELASA )

Pengalaman Mengajar


Menghadiri perhimpunan pagi tepat pada pukul 7.15 pagi. Memasuki kelas ganti 1 Intan dan memberi latihan Matematik serta semak jawapan murid. Membuat persediaan untuk pelajaran.Memasuki Kelas pada pukul 12.10 t/hari.Hari ini perlu masuk ke Makmal Komputer. Tetapi Makmal digunakan oleh Guru Bahasa Melayu Tahun 6 untuk tujuan latihtubi kerana latihannya disimpan di dalam komputer makmal. Pelajaran dijalankan dalam kelas biasa. Murid-murid melibatkan diri secara aktif. Murid-murid telah membawa bahan-bahan untuk ujikaji. Dalam kumpulan murid menyediakan bahan untuk ujikaji.

Ujikaji akan dijalankan pada hari berikutnya.



16 Julai 2008 ( RABU )

Pengalaman Mengajar

Menghadiri perhimpunan harian tepat pada pukul 7.15 pagi. Mengajar Sains di kelas 3

Berlian pada pukul 8.50 pagi (30 min). Murid-murid telah membuat eksperimen tentang

topik " Soil ".Murid mencatatkan pemerhatian mereka secara kumpulan. Pada pukul 10.40

pagi (30min) murid –murid menggunakan Makmal Komputer untuk mencatatkan

pemerhatian mereka dalam word.



17 Julai 2008 ( KHAMIS )

Pengalaman Mengajar

Perhimpunan pagi diadakan seperti biasa pada pukul 7.15 pagi. Murid –murid masih

diingatkan tentang disiplin diri semasa di sekolah dan luar sekolah. Saya memasuki tahun 4

Intan pada pukul 11.10 pagi untuk mengajar subjek Kajian Tempatan. Hari ini murid –murid

menyatakan lokasi tempat tinggal mereka di dalam peta negeri Johor. Murid diminta

melakarkan peta lokasi tempat tinggal mereka dalam kumpulan. Sukar juga bagi mereka untu

melakar lokasi tempat tinggal mereka. Saya membantu mereka untuk melakarkan lokasi.

Saya memberikan satu contoh lakaran. Didapati murid melakar peta mereka. Selepas itu saya

ke kelas ganti di tahun 2 Intan. Saya diberi tugas untuk mengajar Matematik di kelas itu.



18 Julai 2008 ( JUMAAT )

Di Luar Bilik Darjah


Hari ini saya tidak ada kelas. Saya menyadiakan bahan untuk menjalankan kursus

dalaman. Selepas itu saya ke Makmal Komputer untuk merakam pangajaran rakan saya.

Setelah tamat rakaman, saya mengambil gambar persekitaran sekolah. Walaupun sempat

saya mengambil banyak gambar tetapi hujan tidak mengizinkan saya untuk meneruskan

pengambaran.Selepas itu saya membuat persediaan pengajaran untuk hari Isnin.


Thursday, July 10, 2008

PRAKTIKUM - SK(P) BANDAR TANGKAK


07 JULAI 2008 ( ISNIN )

Melapor Diri di SK (P) Bandar Tangkak

Sampai di sekolah pada 7.15 pagi.Menghadiri perhimpunan pagi dan pengenalan diri oleh Guru Besar. Berjumpa dengan Guru Besar dan menjelaskan tujuan praktikum. Melawat Makmal Komputer dan mendapat maklumat daripada juruteknik mengenai keadaan komputer dan penggunaan makmal komputer untuk P&P. Terdapat 12 buah komputer di makmal .Kemudian saya dan rakan saya melawat Bilik Akses yang mempunyai 12 buah komputer yang berfungsi dengan talian Internet.
Selepas itu, kami berjumpa dengan penyelaras ICT- Pn. Rosliza untuk mendapatkan maklumat lanjutan tentang makmal komputer. Kemudian kami berjumpa dengan GPK 1 Pn. Hamidah untuk mendapatkan maklumat sekolah. Kebetulan pada hari itu, Mesyuarat Kurikulum telah diadakan pada pukul 2.30 petang hingga 6.00 petang. Kami begitu letih pada hari pertama .... kerana terpaksa balik lewat ke rumah.


Seronoknya........


08 JULAI 2008 ( SELASA )

Mendapat Jadual Waktu Kelas

Sampai di sekolah pada pukul 7.05 pagi. Menghadiri perhimpunan pagi. Berjumpa dengan GPK 1 Pn. Hamidah untuk mendapatkan Jadual Waktu pengajaran tahun 3 Berlian dan 4 Intan.
Saya dapat Jadual Waktu Science untuk tahun 3 Berlian dan Kajian Tempatan untuk tahun 4 Intan. Selepas itu, saya berjumpa dengan guru matapelajaran Science iaitu En. Sahril dan guru matapelajaran Kajian Tempatan iaitu En. Mohammad Noor untuk mendapatkan Sukatan dan Huraian Suakatan serta Rancangan Tahunan. Setelah mendapat bahan-bahan itu, saya ke Bilik SPBT untuk mendapatkan buku teks dan buku panduan.
Setelah bersedia dengan bahan -bahan pelajaran, saya telah membuat perancangan untuk 6 minggu. Selepas itu saya ke Makmal Komputer untuk membuat pinjaman CD perisian Science dan Kajian Tempatan .
Pada pukul 12.10 t/hari saya pergi ke kelas 3 Berlian untuk sesi pengenalan dengan murid-murid. Murid -muird kelas 3 Berlian berkenalan dengan saya. Saya bertanya soalan kepada murid untuk mengetahui pengetahuan sedia ada murid dan mula mengajar. Saya menyambung pelajaran yang diajar oleh En.Sahril.



09 JULAI 2008 ( RABU )

CUTI HARI HOL SULTAN JOHOR



10 JULAI 2008 ( KHAMIS )

Pengalaman Mengajar di tahun 4 Intan

Saya telah sampai ke sekolah pada pukul 7.10 minit. Menghadiri perhimpunan pagi pada 7.15 pagi.
Saya mencari bahan untuk pengajaran menggunakan Internet. Pada pukul 11.10 saya telah masuk kelas 4 Intan untuk mengajar subjek Kajian Tempatan. Sesi berkenalan dengan murid telah dijalankan. Setelah tamat sesi pengenalan, saya bersoal-jawab dengan murid untuk mengetahui pengetahun mereka dalam topik tersebut.
Selepas itu, saya mula mengajar topik Mengenali tempat tinggal kita.



11 JULAI 2008 ( JUMAAT )

Penyediaan kertas kerja dan bahan untuk Kursus Dalaman bagi Guru.

Saya telah sampai ke sekolah pada pukul 7.10 minit. Menghadiri perhimpunan BAQ pagi pada 7.15 pagi.
Hari ini saya tidak ada kelas. Saya telah menyediakan kertas kerja untuk mengadakan kursus dalaman kepada guru-guru. Selepas itu saya telah mendapatkan kebenaran daripada guru besar untuk melaksanakan kursus pada tarikh yang ditetapkan. Saya telah menyediakan Jadual Perlaksanaan kursus.
Pada pukul 9.30 saya ke kelas 3 Intan untuk relief. Saya telah mengadakan Kuiz Science kepada mereka.
Murid -murid mengambil bahagian secara aktif.
Selepas itu, saya telah melayari Internet untuk mencari bahan pengajaran bagi subjek Science dan Kajian Tempatan.